Hari ini, seperti dinantikan, pihak Asus Malaysia telah pun melancarkan peranti hibrid mereka, Asus Transformer AIO untuk pasaran Malaysia, dimana melaluinya ia membawakan gabungan komputer desktop dan juga tablet. Peranti ini akan dijual di Malaysia pada harga RM4999.



Click Here To Zoom






Asus Transformer AIO sebelum ini telah diperlihatkan pada CES 2013 awal tahun ini. Melaluinya, selain membawakan gabungan dua peranti, Asus Transformer AIO juga turut dilengkapi dengan dua sistem operasi, iaitu Windows 8 dan juga Android 4.1 Jely Bean.




Click Here To Zoom



Dari segi spesifikasi, Asus Transformer AIO membawakan skrin bersaiz 18.4-inci, dilengkapi dua cip pemprosesan, iaitu Intel Core (ketika digunakan sebagai desktop), dan NVIDIA Tegra 3 (ketika digunakan sebagai tablet), memori sebesar 8GB (desktop) dan 1GB (tablet), serta ruangan storan sebesar 2TB (desktop) dan 32GB (tablet).

Peranti ini akan dijual di Malaysia pada harga RM4999. Kami akan membawakan pandang pertama untuk peranti ini tidak lama lagi.