DiGi dan Skype hari ini mengumumkan kerjasama strategik mereka, dimana melaluinya DiGi akan mula menawarkan kredit Skype secara percuma untuk pelanggan pascabayar baru dan sedia ada mereka. Tawaran ini akan diperkenalkan bermula 1 April 2013 ini.

Apabila hadir kepada kerjasama dengan syarikat berasaskan internet, DiGi boleh dikatakan sebagai antara yang terawal, dimana sebelum ini mereka pernah mengumumkan kerjasama dengan Opera, Wikipedia, dan juga baru-baru ini bersama Evernote.



Click Here To Zoom






Dengan kerjasama ini, DiGi mengatakan mereka akan menawarkan panggilan Skype Out percuma sehingga 100 minit, dan kredit Skype percuma ini boleh didapati daripada beberapa DiGi Stores terpilih diseluruh negara, dan juga melalui DiGi Store Online daripada 1 April hingga 31 Julai 2013 ini.

Apabila ditanya berkenaan bagaimana ia akan memberikan kesan kepada penggunaan panggilan biasa melalui talian DiGi, pihak DiGi mengatakan yang mana seramai 26% pelanggan mereka menggunakan telefon pintar, dan memandangkan penggunaan data yang tinggi, mereka mengambil langkah untuk bekerjasama dengan Skype.

Buat masa ini, Skype hanya bekerjasama dengan eksklusif bersama-sama pihak DiGi, dan masih tidak diketahui berkenaan perancangan mereka untuk bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi tempatan lain.