Monday 22 July 2013

Default [TUTORIAL] Convert Torrent Into Direct Link

How to convert my torrent file into direct link ? 

1. First of all you need to download your favorite torrent file from any torrent site. 

2. Now, go to ZbigZ.com 


3. Click on upload and Upload the torrent file and hit on "go free" button.

4. Wait for caching the torrent File.






5. Now click on download button
Click Here To Zoom
6. Now you've done, and your download will be started, have fun!!!

Enjoy....... 
 

Sunday 21 July 2013

Default Penggodam Jabatan Penerangan Didedah - Sofea Hana Suspek ?

Click Here To Zoom


KUALA LUMPUR: Perbuatan menggodam laman web Jabatan Penerangan semalam, dipercayai didalangi individu dikenali sebagai `Sofea Hana’ yang dikatakan seorang wanita berusia 20-an dengan agenda anti-kerajaan kerana kecenderungannya yang sering menggodam laman kerajaan sejak awal tahun lalu.

Penggodam yang juga dikatakan penuntut Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) itu dikatakan pernah menceroboh laman seperti Jabatan Kehakiman, Parlimen, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Kegiatan Sofea ini didedahkan oleh seorang daripada penggodam yang aktif dan popular di dunia siber tanah air, Prince Zorro.

Menurut Prince Zoro, Sofea telah menggodam lebih 10 laman kerajaan setakat ini dan dijangka akan meneruskan perbuatannya jika pihak kerajaan tidak meningkatkan tahap keselamatan siber.


“Di kalangan komuniti penggodam tempatan, Sofea sememangnya dikenali kerana mempunyai kepakaran tinggi dan diketahui mempunyai sentimen anti-kerajaan yang kuat. Justeru, dia akan meneruskan perbuatannya selagi tidak dibendung,” katanya ketika dihubungi semalam.


Katanya, lebih membimbangkan hampir kesemua laman agensi kerajaan amat mudah untuk diceroboh memandangkan sistem keselamatan yang longgar termasuk kecenderungan penggunaan kata laluan yang sama oleh pentadbir laman kerajaan.

“Sofea menggunakan kebolehannya mendapatkan kata laluan untuk menceroboh laman terbabit menggunakan akaun pentadbir dan memasukkan apa saja program yang diingini, malah dia boleh mengubah keseluruhan reka bentuk laman berkenaan jika dia mahu,” jelasnya.

Ketua Unit Keselamatan Siber, Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Superintendan Victor Sanjos ketika dihubungi berkata kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 5 Akta Jenayah Komputer 1997 yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

“Saya jamin polis akan dapat mengesan suspek walaupun dia menggunakan identiti palsu atau cuba menyembunyikan alamat Internet Protocol (IP) kerana kita ada kaedah tertentu untuk menjejak suspek,” katanya ketika dihubungi.

Semalam, dua kenyataan palsu disiarkan dalam sistem e-Akhbar dan e-Press laman web Jabatan Penerangan bertajuk 'Memo Permohonan Rakyat Malaysia dan Perdana Menteri Secara Rasminya Meletak Jawatan'.

Inilah riwayat hidop seorang hacker.. kalau nasib baik pon Malaysia ambik jadi Pembantu Sistem Pertahanan Siber Kerajaan tak FBI.

Info Berkaitan Sofea Hana : KLIK DI SINI

Default 18 Juta Orang Pengguna Malaysia Kini Mengakses Internet

Click Here To Zoom



Dengan internet yang kini menjadi salah satu komoditi utama dalam melakukan tugasan dan sesuatu kerja, kadar pengguna tempatan yang mengaksesnya juga terus meningkat, dimana kini dikatakan sebanyak 62% isi rumah mempunyai akses kepada jalur-lebar.

Angka ini dikongsikan melalui acara pengenalan Google Web Academy yang diadakan di UITM pada penghujung minggu lepas.

Dengan sebanyak 62% isi rumah mempunyai akses kepada jalur-lebar, ia menjadikan seramai 18 juta pengguna tempatan mengakses internet untuk mendapatkan maklumat, tugasan kerja, mahupun melayari laman sosial dan lain-lain melaluinya.
Disamping akses internet, ia kelihatan penggunaan telefon pintar di rantau Asia Tenggara meningkat sehingga 50 kali ganda sepanjang tiga tahun ini, sekaligus memperlihatkan potensi yang tinggi dalam arena internet di rantau ini.

Default MSI GeForce GTX 650 Ti Boost Rears Its Head


Click Here To Zoom



A GeForce GTX 650 Ti Boost Gaming Edition from has been spotted and detailed ahead of its launch which is expected this month. According to previous reports, the GTX 650 TI Boost edition is essentially a GTX 650 Ti with Boost clock, better components and a faster memory interface.

As reported by wccftech: MSI’s GeForce GTX 650 TI Boost Edition falls under MSI’s latest Gaming GPU brand which were teased at the CeBIT 2013. The GTX 650 Ti Boost features 768 Cuda cores, 2 GB GDDR5 memory running along a 192-bit interface and has GPU boost technology which wasn’t included on the reference GTX 650 Ti. The MSI GeForce GTX 650 TI Boost Gaming Edition GPU is an overclocked variant of the GPU which is core clocked at 1033 MHz however the boost clock is not known at the moment. The memory is clocked at 6008 MHz or 6 GHz effective clock speed. The faster 192-bit GDDR5 interface would provide a much needed performance boost to the GPU compared to the 128-bit interface found on the GeForce GTX 650 Ti.

The GTX 650 Ti Boost from MSI comes with their much acclaimed Twin Frozr III heatsink that cools the GPU with a large aluminum heatsink through which heat is conveyed with a single heatpipe. Two PWM fans cool of the internal components. The card itself is a dual slot variant which includes Dual Link DVI, HDMI and a display port for connectivity. Being a custom model, the MSI GTX 650 Ti Boost Gaming GPU features a stronger PCB design compared to the reference models with a 4+1 VRM fitted with MSI’s Military Class III components which include super ferrite inductors and tantlum capacitors for longer lasting power and stability demand.

Default MSI AMD HD 7790 Graphics Card

Click Here To Zoom










MSI released its new HD 7790 (R7790-1GD5/OC & R7790-1GD5) graphics card based on AMD's latest GCN core architecture with support for the PCI Express Gen 3 standard. The MSI HD7790 graphics card supports GPU and Memory frequency adjustments and can use the exclusive Afterburner graphics card overclocking utility from MSI to for even better performance! The HD 7790 uses a large 10 cm fan with Propeller Blade technology. 

The increased airflow not only reduces the core temperature but also lowers the operating noise as well for a more comfortable gaming experience. The card comes with DisplayPort 1.2 and HDMI 1.4a outputs that supports 3D video output and high-quality audio. The inclusion of AMD's proprietary Eyefinity multi-display output technology makes the HD 7790 the best choice for gamers.





Default Electronic Arts Memperlihatkan Battlefield 4 Secara Rasminya

EA hari ini secara rasminya telah pun memperkenalkan permainan terbaru mereka, Battlefield 4 kepada umum, sekaligus memperlihatkan video bentuk permainan tersebut yang bakal dilancarkan pada beberapa platform kelak.




Click Here To Zoom

Click Here To Zoom

Click Here To Zoom

Click Here To Zoom

Click Here To Zoom





Seperti biasa, Battlefield 4 meneruskan bentuk permainan tembak-menembak, disamping memnbawakan sokongan permainan multiplayer seperti versi sebelumnya. Pihak EA juga turut berkongsi mengatakan untuk permainan perseorangan, ia akan menyertakan beberapa perkara baru, dimana ia “memantau” progress pemain, dan menambah beberapa elemen kepada sesuatu misi permainan.

Battlefield 4 akan hadir untuk Windows PC, PS3, PS4 dan juga Xbox 360 pada tahun ini, dan pra-tempahan untuknya telah pun boleh dilakukan melalui laman Origin.




Default NVIDIA's GTX 650 Ti Boost Lives Up To Its Name For $149

Click Here To Zoom





By NVIDIA's own admission, the lower registers of its Kepler-based GeForce graphics cards "couldn't always tackle [their] originally stated goal" of powering 1080p games with the settings amped up to high. So, after the GeForce GTX 650 and 650 Ti, maybe the third time's a charm. The latest card goes by the name GTX 650 Ti Boost, reflecting the fact that it brings NVIDIA's GPU Boost technology into the mix, which can vary the chip's clock speed as need allows. Stacked against the 650 Ti, this unit's got 782 CUDA cores (up from 768), a base clock of 980MHz (up from 928MHz) and a TDP of 140W, (compared to 110W). Another big draw is two-way SLI, so you can pair up cards when your wallet regains its strength.




On the benchmark front, NVIDIA promises you can run Starcraft 2: Heart of the Swarm at highest settings and get a frame rate of 62fps, an order of magnitude higher than the 39fps promised on the 650 Ti. Sitting above the 650 Ti and below the GeForce 660, the 1GB version will set you back $149 (£124), with the 2GB edition priced at $169 (£144). In behind-closed-doors tests, the company has found that it comes out on top against AMD's $249 Radeon 7850, but we'll be rounding up independent reviews shortly in order to verify that claim -- as well as seeing if it can make the 7790 think twice about getting out of bed.

Default Asus Malaysia Melancarkan Asus Transformer AIO – Berharga RM4999

Hari ini, seperti dinantikan, pihak Asus Malaysia telah pun melancarkan peranti hibrid mereka, Asus Transformer AIO untuk pasaran Malaysia, dimana melaluinya ia membawakan gabungan komputer desktop dan juga tablet. Peranti ini akan dijual di Malaysia pada harga RM4999.



Click Here To Zoom






Asus Transformer AIO sebelum ini telah diperlihatkan pada CES 2013 awal tahun ini. Melaluinya, selain membawakan gabungan dua peranti, Asus Transformer AIO juga turut dilengkapi dengan dua sistem operasi, iaitu Windows 8 dan juga Android 4.1 Jely Bean.




Click Here To Zoom



Dari segi spesifikasi, Asus Transformer AIO membawakan skrin bersaiz 18.4-inci, dilengkapi dua cip pemprosesan, iaitu Intel Core (ketika digunakan sebagai desktop), dan NVIDIA Tegra 3 (ketika digunakan sebagai tablet), memori sebesar 8GB (desktop) dan 1GB (tablet), serta ruangan storan sebesar 2TB (desktop) dan 32GB (tablet).

Peranti ini akan dijual di Malaysia pada harga RM4999. Kami akan membawakan pandang pertama untuk peranti ini tidak lama lagi.





Default DiGi Dan Skype Mengumumkan Kerjasama – Menawarkan Skype Credit Percuma

DiGi dan Skype hari ini mengumumkan kerjasama strategik mereka, dimana melaluinya DiGi akan mula menawarkan kredit Skype secara percuma untuk pelanggan pascabayar baru dan sedia ada mereka. Tawaran ini akan diperkenalkan bermula 1 April 2013 ini.

Apabila hadir kepada kerjasama dengan syarikat berasaskan internet, DiGi boleh dikatakan sebagai antara yang terawal, dimana sebelum ini mereka pernah mengumumkan kerjasama dengan Opera, Wikipedia, dan juga baru-baru ini bersama Evernote.



Click Here To Zoom






Dengan kerjasama ini, DiGi mengatakan mereka akan menawarkan panggilan Skype Out percuma sehingga 100 minit, dan kredit Skype percuma ini boleh didapati daripada beberapa DiGi Stores terpilih diseluruh negara, dan juga melalui DiGi Store Online daripada 1 April hingga 31 Julai 2013 ini.

Apabila ditanya berkenaan bagaimana ia akan memberikan kesan kepada penggunaan panggilan biasa melalui talian DiGi, pihak DiGi mengatakan yang mana seramai 26% pelanggan mereka menggunakan telefon pintar, dan memandangkan penggunaan data yang tinggi, mereka mengambil langkah untuk bekerjasama dengan Skype.

Buat masa ini, Skype hanya bekerjasama dengan eksklusif bersama-sama pihak DiGi, dan masih tidak diketahui berkenaan perancangan mereka untuk bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi tempatan lain.

Default Windows Blue Bakal Memudahkan Pengguna Mematikan Sistem

Windows Blue Bakal Memudahkan Pengguna Mematikan Sistem Melalui Fungsi “Slide To Shut Down”




Dengan Windows Blue yang tertiris ke arena web pada awal minggu ini, satu demi satu fungsi baru diperlihatkan. Terkini, WinBeta berkongsi penemuan mereka berkenaan dengan cara mematikan dan memadamkan sistem yang didatangkan bersama-sama Windows Blue ini.



Click Here To Zoom




Sokongan baru ini membolehkan pengguna mematikan komputer dengan hanya slide ke bawah, lebih kurang sama seperti pada Windows Phone. Fungsi ini masih tidak diaktifkan pada versi Windows Blue yang tertiris.

Dengan fungsi ini, ia mungkin memudahkan para pengguna peranti dengan sokongan skrin sentuh, terutamanya tablet Windows kelak. Pada masa yang sama, ia juga memperlihatkan dimana Windows Blue kelak membawakan satu demi satu fungsi menarik daripada Windows Phone ke arena desktop dan tablet.

Jadi, apa kata anda berkenaan fungsi ini? Adakah ia membantu ataupun sebaliknya?

Default CCleaner 4.0 Membawakan Penambahan Fungsi “Duplicate File Finder”


Aplikasi CCleaner boleh dikatakan salah satu aplikasi dan perisian yang digunakan dengan meluas oleh pengguna Windows. Hari ini, pembangunnya Piriform telah pun melancarkan versi terbaru, iaitu CCleaner 4.0 dimana membawakan pelbagai kemaskini melaluinya.



Click Here To Zoom




CCleaner 4.0 membawakan grafik dan prestasi yang lebih baik, dimana dioptimasikan untuk pelbagai perkara. Penggunaan fungsi Registry Cleaning dan Drive Wiper kini lebih pantas berbanding sebelumnya. CCleaner 4.0 juga memperluaskan sokongan perisian mereka, dimana terkini turut menambah sokongan untuk perisian Samsung Kies, Adobe Photoshop CS6, Avast! 8.0, dan beberapa yang lain.

Namun, salah satu perkara yang menarik pada CCleaner 4.0 ini adalah sokongan baru yang membolehkan pengguna mengenal pasti fail-fail sama yang berulang pada sistem mereka. Fungsi yang dinamakan sebagai Duplicate File Finder ini membolehkan pengguna menggunakan beberapa kriteria dalam mencari sesuatu fail yang berulang di komputer mereka, dan seterusnya menetapkan sama ada ingin memadam ataupun sebagainya.

Bagi mereka yang berminat, boleh memuat-turun perisian CCleaner 4.0 ini untuk Windows, dan mula menggunakannya pada komputer anda secara percuma.



Muat-Turun CCleaner 4.0 untuk Windows

Default Microsoft Dilaporkan Akan Hadir Dengan Windows Blue Versi Percubaan

Microsoft Dilaporkan Akan Hadir Dengan Windows Blue Versi Percubaan Untuk Umum Pada Bulan Jun



Dengan pelbagai info dan gambar yang tertiris ke arena web sepanjang minggu ini, semestinya ramai yang menantikan bilakah maklumat lanjut berkaitan dengannya akan diketahui. Kini, dilaporkan Microsoft dijangka akan berkongsi lebih lanjut mengenainya pada bulan Jun, dan versi percubaan untuk umum dijangka akan diperkenalkan pada masa yang sama.



Click Here To Zoom




Buat masa ini, daripada apa yang diketahui, Windows Blue dilaporkan akan membawakan kebolehan untuk mengubah saiz Tiles kepada lebih kecil, pelayar web Internet Explorer 11, beberapa aplikasi baru, dan pelbagai pilihan untuk mengubah paparan mengikut citarasa pengguna.

Ia turut diperkatakan, hanya sekali sahaja versi percubaannya akan dikeluarkan, sebelum Microsoft melancarkan sistem operasi generasi baru mereka itu pada penghujung 2013 ini kelak.

Window BLue nie lebeh kurang jerr Window 8. 

Default Fungsi-Fungsi Google Yang Jarang Digunakan

Click Here To Zoom




Enjin carian Google merupakan sebuah enjin carian yang cukup hebat. Tidak hanya digunakan sebagai enjin carian sahaja,enjin carian Google meliputi tugasan harian. Mungkin terdapat perisian yang dapat dapat digunakan dengan mudah. Tapi,jangan pandang rendah dengan kehebatan yang Google miliki. Tidak usah berpanjang lebar menutur bicara. Kita teruskan kepada tujuan dan pembelajaran kita. Tapi sebelum itu,jangan anda terkejut beruk apabila terlihat sesuatu yang agak luarbiasa. Google Malaysia didominasi oleh blogger daripada Indonesia khusus dalam bidang teknologi informasi. Sayang,kita bukan ada sekatan internet. Internet di Malaysia masih boleh lagi dikategorikan sebagai bebas. Kita lihat statistik yang dikeluarkan oleh Google dengan kerjasama UITM rasanya. Memetik kata daripada laman Amanz.my menyatakan bahawa 18 Juta Orang Pengguna Rakyat Malaysia Kini Mengakses Internet. 

Adakah 18 juta pengguna ini hanya mengemaskini status di Facebook dan Twitter yang dijadikan sebagai diari elektronik. Jika anda miliki akaun Facebook. Anda masuk/turut serta dalam kumpulan Malaysia dan Antarabangsa. Sebagai contoh,anda serta dalam kumpulan yang berkongsi barangan cetak rompak (pirated). Jangan anda terkejut beruk sekiranya anda terlihat beberapa soalan "macam mana nak download video ni". Soalan apa ni? Lainlah jika soalan itu ditujukan ke laman sesawang Hulu. Boleh tahan lagi. Jadi,saya perlu hentikan penulisan di sini atau nama bersih OMG! Hackers? bakal dirosakkan oleh saya.



Click Here To Zoom

Google Sebagai Kalkulator.


Jika anda lihat. Google tidak hanya membekalkan kalkulator asas seperti +,-,/,^ tapi Google boleh dijadikan alternatif kepada kalkulator saintifik Casio.



Click Here To Zoom

Google Sebagai Penukar.


Anda tidak hanya dapat menukar. Anda juga turut dapat mengetahui peratusan turun naik matawang dunia. Anda juga boleh menukar suhu,panjang,berat dan lain-lain. Cuba,"fahrenheit to celcius" dari hasil carian tadi anda boleh dapat hasil carian bagi tukaran lain juga.



Click Here To Zoom

Google Sebagai Pencari Format Fail
.



Kaedah ini memudahkan anda mengenali sesebuah format fail. Tidak kira format fail komputer dan sebagainya. Perkataan :pdf tersebut boleh digunakan untuk mencari dokumen dalam bentuk pdf. Lebih mesra dengan panggilan 'e-book'. Cuba,"Steve Jobs:pdf"



Click Here To Zoom

Google Sebagai Pencari Definisi Sesuatu Perkara.



Apa sahaja definisi yang anda inginkan. Jika,ada yang menulis akan perkara tersebut. InsyaAllah ada hasilnya. Mulakan dengan perkataan definisi,maksud,apa itu dan sebagainya.




Banyak lagi yang anda akan anda dapat sekiranya anda menggunakan teknologi dengan sebaiknya. Tambahan sedikit ilmu tentang Google [di sini].

Default Permainan Iron Man 3 Akan Diperkenalkan Untuk IOS Dan Android Pada 25 April

Dengan filem terbaru Iron Man yang akan ditayangkan dipawagam bermula bulan hadapan, Gameloft turut sama tidak ingin ketinggalan, dimana kini mereka mengumumkan akan memperkenalkan permainan khas bersempena dengannya untuk platform iOS dan Android, pada 25 April 2013 kelak.




Click Here To Zoom




Daripada video trailer yang diperlihatkan untuk permainan berkenaan, ia kelihatan Gameloft akan membawakan permainan dimana pengguna akan mengawal watak yang akan terus bergerak, dan memerlukan mereka menembak pelbagai halangan dan musuh.

Buat masa ini, kami masih tidak ketahui sama ada permainan ini akan menggunakan konsep In-App Purchase ataupun menawarkannya secara berbayar.



 

Default Rockstar Games Berkongsi 10 Paparan Skrin Baru Untuk GTA 5

Permainan Grand Theft Auto 5 adalah salah satu permainan yang dinantikan ramai pengguna seluruh dunia. Ia bakal dilancarkan pada bulan September kelak, dan sementara menantikannya, kini pihak Rockstart turut berkongsi beberapa paparan skrin terbaru untuk permainan berkenaan.

Daripada gambar-gambar baru yang dikongsikan, ia kelihatan Grand Theft Auto 5 kelak, selain memfokuskan kepada permainan pada pelbagai kawasan terbuka, pengguna juga turut sama boleh memainkannya menggunakan kenderaan udara, ataupun menyelam ke dasar laut.

Info penuh GTA 5 ini masih tidak diketahui sepenuhnya, dan semestinya ramai yang tidak sabar untuk memainkannya sendiri.

Grand Theft Auto 5 kelak akan dilancarkan pada 17 September untuk para pengguna PlayStation 3 dan juga Xbox 360.



Click Here To Zoom

Click Here To Zoom

Click Here To Zoom

Click Here To Zoom

Click Here To Zoom

Click Here To Zoom

Click Here To Zoom

Click Here To Zoom

Click Here To Zoom

Click Here To Zoom

GTA V bakal menggegarkan dunia games..