Wednesday 20 March 2013

Bermain game “Snake” di Youtube.com

Pasti anda pernah mengalami keadaan ini iaitu ketika anda ingin menonton video di laman video paling popular iaitu Youtube.com,anda perlu menunggu beberapa ketika sebelum memainkan sesuatu video tersebut supaya ianya tidak tersekat-sekat.
Adakah anda tahu sambil menunggu video anda tersebut selesai diproses,anda boleh bermain satu permainan di youtube.com?Permainan tersebut yang juga salah satu permainan yang ringkas dan sangat popular ialah game “snake”.Kalau x pernah main game ni cuba tanya rakan2 yang lain…Hehehe..

Cuba lihat gambar di atas,sambil menunggu video persembahan Jozan Maharajalawak Minggu 4 diproses,sempat juga saya hilangkan boring menunggu dengan bermain permainan “Snake” ini kan…hehe..
Bagaimanakah caranya?


Trik ini adalah cukup mudah sekali….pertama sekali,tarik butang player youtube anda ke tepi atau pada minit 00:00 .
Kemudian tekan butang kiri dan ke atas anak panah pada papan kekunci anda.Rujuk gambar di bawah..

Dan mula untuk bermain! Mudah kan :)

No comments:

Post a Comment